Isu dan Cabaran Pengasingan Kuasa di Malaysia Pengasingan Kuasa dalam Perlembagaan Malaysia

Apabila Parlimen, sebuah badan kerajaan yang bertugas untuk membuat undang-undang, dapat membatasi kekuasaan kehakiman dan memberikan kuasa yang berlebihan kepada eksekutif, kita akan memiliki sebuah pemerintahan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan mereka tidak dapat disengketakan di Mahkamah kerana Parlimen telah membatasi kekuasaan kehakiman. Ini adalah sebuah situasi yang menakutkan kerana negara kita yang dulunya demokratik akan berubah menjadi sebuah pemerintahan yang autokratik. Namun, ini adalah fakta yang sedang dihadapi oleh negara kita.

Dalam sistem Westminster yang diambil ini, kehadiran badan kehakiman yang bebas terbukti bukan sahaja penting tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak malahhan penting dengan kegunaannya seniri yang melindungi dan memperkukuhkan perlembagaan serta menyelesaikan pertikaian di antara mana-mana pihak yang bergaduh seperti individu, syarikat mahupun sesama kerajaan (Persekutuan dan Negeri). Selain itu, keberadaan badan kehakiman tanpa mendapat kepercayaan rakyat juga tidak akan membawa apa-apa makna di dalam sistem kerajaan moden pada masa kini[3].

Melihat pada sejarah krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 yang telah ditandai dengan pelbagai keputusan kes-kes perundangan yang hangat dan kontroversi sehingga mendorong kepada kemuncak yang menarik badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Jika dilihat semula kejadian yang telah berlaku di dalam krisis kehakiman 1988 ini, dapat kita sedari bahawa kebebasan badan kehakiman sebenarnya adalah satu konsep yang terbatas dan masih lagi rapuh dalam sistem di mana meresapi kuasa pentadbiran dan eksekutif serta kawalan semua cabang kerajaan. Maka, apabila wujudnya tindakan menyerang oleh badan eksekutif dan badan perundangan (legislatif) terhadap badan kehakiman maka secara automatiknya keyakinan terhadap institusi kehakiman ini akan menghilang beserta konsep kebebasan kehakiman yang menjadi lemah dan pudar[4].

Oleh itu, penting untuk kita fahami konsep kebebasan kehakiman yang merujuk kepada prinsip bahawa sistem peradilan harus bebas dari campur tangan dan pengaruh dari pihak-pihak dalaman, termasuk pemerintah, autoriti politik, dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini adalah prinsip fundamental dalam sistem hukum yang demokratik, yang menjamin bahawa setiap individu memiliki hak untuk mendapatkan perlakuan yang adil dan setara di hadapan hakim.